Ketika ramai yang membuat spekulasi kerusi yang kosong di sebelah Taylor Swift di American Music Award (AMA) 2018 adalah milik Katy Perry, satu berita yang mengejutkan mengenai penyanyi Swish Swish ini mula menjadi bualan hangat.

Bersedia Berundur

Dalam satu laporan antarabangsa, Katy dilaporkan bersedia untuk berundur seketika dalam dunia hiburan. Menurut Katy kemungkinan besar dia akan melaksanakan perancangan itu sebaik sahaja selesai dari Witness: The Tour. Segalanya dibuat setelah dia memikirkan perjalanan seninya selama lebih dari 10 tahun dengan pelbagai kejayaan yang dikecapi.

” Saya sudah melalui segala-galanya dalam 10 tahun ini jadi saya fikirkan ini adalah masanya untuk berehat. Saya fikir tidak lagi perlu untuk membuktikan apa-apa kerana saya sudah memiliki apa yang saya mahukan dan saya bersyukur dengan pencapaian tersebut”

Seperti Sudah Bosan

Tidak seperti penyanyi lain, bagi Katy dia sememangnya bercita-cita untuk menjadi penyanyi sejak berumur 9 tahun lagi. Namun setelah memikirkan segala-galanya, penyanyi ini kelihatan seperti sudah bosan dengan dunia hiburan meskipun minatnya masih lagi tinggi dalam bidang muzik.

Adakah Katy bakal ucapkan selamat tinggal pada karier muziknya atau mungkin ianya sekadar gimik untuk albumnya tidak lama lagi?

SUMBERBillboard
Artikel Sebelumnya[VIDEO] Syed Saddiq Dicabar Menyanyi Lagu Selena Gomez. Ini Jadinya!
Artikel SeterusnyaTahniah! Vivy Yusof Selamat Melahirkan Cahaya Mata Ketiga
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress