Meskipun bukan seorang penyanyi tetapi ia tidak menghalang Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq menyahut cabaran menunjukkan bakat nyanyian secara lansung dalam Dbilique bergandingan dengan hos popular, Fara Fauzana dan Faizal Ismail.

Disampaikan dengan santai dan menghiburkan, Saddiq ke konti mereka untuk segmen YB Masuk Bilik pada Rabu yang lepas (10 Oktober 2018).

Semasa ia bersiaran secara langsung, Saddiq dicabar untuk menyanyi beberapa buah lagu termasuk lagu hits dari Selena Gomez, Love You Like A Love Song.

Selain itu, Syed Saddiq turut menyanyikan beberapa buah lagu lain seperti, Gemuruh (Faizal Tahir) dan Mantera Semerah Padi (M.Nasir) bagi menyuntik semangat kepada para atlit di Sukan Para Asia 2018 di Jakarta.

BACA  Mini KJ? 6 Hal Ini Buktikan Syed Saddiq 'Klon' Khairy Jamaluddin

Boleh tahan juga sedap suara Syed Saddiq ni! Jom kita dengar.

Kredit Video: Dblique

Kehadiran Syed Saddiq semestinya menarik minat ramai penonton, ini telah dibuktikan apabila segmen ini telah mencapai 17 ribu tontonan selepas disiarkan di Facebook Faizal Ismail FBI.

 

 

Artikel SebelumnyaGandingan 10 Pengacara Yang Paling Serasi Pilihan Netizen
Artikel SeterusnyaKaty Perry Bakal Ucap Selamat Tinggal Pada Karier Muzik?
Suka menulis untuk dikongsi bukannya dikecam.