Pengasas rangkaian fesyen terkenal, FashionValet (FV), Vivy Yusof semalam dikhabarkan telah selamat melahirkan cahaya matanya yang ketiga dimana berita gembira tersebut telah dikongsi suaminya, Fadzarudin Shah Anuar menerusi Instagram.

Selamat Melahirkan Bayi Perempuan

Usahawan berusia 30 tahun itu telah melahirkan seorang bayi perempuan comel dan kedua-dua mereka dilaporkan berada dalam keadaan sihat. Sebagai info, Vivy dan Fadza telah berkahwin pada 2012 dan memiliki dua cahaya mata Daniel Azim Shah, 5, dan Mariam Iman Shah, 3 tahun.

Umum Nama Anak

Menerusi posting yang sama juga, berita gembira itu turut disusuli dengan pengumuman anak ketiga mereka. Diberi nama sebagai Sarah Ilham Shah, Fadza turut mengucapkan terima kasih atas segala doa dan ucapan yang diberikan buat isteri dan anak mereka. Tahniah diucapkan buat Vivy atas kehadiran ahli keluarga baru dari kami di Hangat.com!

BACA  Siti Nurhaliza Ungguli Carta! Rakyat M'sia Tak Kagumi Selebriti Lelaki
SUMBERInstagram Fadza Anuar
Artikel SebelumnyaKaty Perry Bakal Ucap Selamat Tinggal Pada Karier Muzik?
Artikel SeterusnyaBukan Wanita Saja, 7 Selebriti Lelaki Ini Gemar Pakai Beg Tangan Mewah
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress