American Music Award yang berlangsung semalam telah menutup tirainya. Penyanyi Taylor Swift muncul sebagai artis terbaik bagi tahun 2018 serta turut menang besar dalam anugerah itu!

Pesona 8 Selebriti Di AMA 2018

Acara yang berprestij itu turut dihadiri penggiat industri muzik yang terkenal. Tampil menawan dalan peragaaan mereka, Hangat.com bawakan 8 pesona selebriti yang hadir bermula dengan fokus pada headband Cardi B sehinggalah kilauan baju Taylor Swift!

1. Jennifer Lopez

J.Lo membuka tirai karpet merah dengan mengayakan sepersalinan Georges Chakra berwarna merah jambu beserta tali pinggang hitam. Melengkapkan gayanya, clutch berwarna hitam sebagai penyeri kombinasi warna.

3. Dua Lipa

Jarang sekali kita melihat Dua Lipa memakai sesuatu yang cukup ayu! Seperti dongeng ikan duyung yang direka pada gaunnya, Dua juga turut memakai kemasan dari Cartier.

4. Taylor Swift

Seperti sudah menjangkakan kemenangannya, Taylor cukup bersinar! Busana dari Balmain ini cukup sepadan dengan penyanyi ini. Taylor turut memakai anting-anting dari Ofira dan cincin dari Lorraine Schwartz untuk dipadankan.

5. Rita Ora

Tampak garang! Gaun hitam yang bercorakkan floral menaikkan sisi tegas buat penyanyi Rita Ora

7. Carrie Underwood

Jelas kelihatan seri ibu mengandung di situ! Carrie turut menggayakan gaun velvet bersama celahan corak berlubang pada bahunya.

8. Lauren Jauregui

Pemenang salah satu anugerah ini menggayakan gaun yang bermotifkan corak warna air yang dicetak! Sekali sekala bergaya ringkas pun sudah kelihatan cantik bukan?