Pelbagai kecaman terus dilemparkan pada penyanyi Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin, 53. Hanya kerana kontroversi pada awal bulan lalu yang kini dalam penyelesaian, netizen pula yang beremosi seolah-olah lebih mengetahui apa yang terjadi pada kedua-dua belah pihak.

Netizen Anggap Aishah Cari Publisiti Murahan

Kecaman demi kecaman diterima Aishah sehinggalah yang terbaru dia dituduh seperti sengaja mencari publisiti murahan dengan menaikkan isu tersebut.

Kenyataan negatif yang dikeluarkan oleh pengguna akaun Instagram yang dikenali sebagai Oh! Nyior Muda itu turut menganggap Aishah pula yang ‘sendu’ dan tidak bersyukur dengan ganjaran yang dimilikinya sebagai juara program realiti musim lalu.

Aishah Beri Masa Tiga Hari Untuk Permohonan Maaf

Dilihat kenyataan tersebut seperti memalukan dan boleh menjatuhkan karier penyanyi itu, Aishah akhirnya seperti ‘hilang sabar’ dan memberi tempoh selama tiga hari kepada dua penama netizen yang cuba mengaibkannnya.

Tambah pelantun Janji Manismu ini, sekiranya kedua-dua pengguna Instagram itu gagal berbuat demikian, tindakan undang-undang bakal diambil. Nasihat kami, netizen diluar sana janganlah terlalu menghukum sedangkan kes ini masih lagi dalam rundingan penyelesaian. Sama-sama kita doakan yang terbaik untuk kedua-dua belah pihak.

Artikel SebelumnyaPesona 8 Selebriti Yang Mengagumkan Di AMA 2018
Artikel SeterusnyaVideo ‘Panas’ Mirip Dua Pemain Bola Sepak Terkenal Sengaja Disebarkan?
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress