Penyanyi popular Datin Alyah telah berkongsi kisah terharu kepada peminatnya menerusi Instagram. Dia mengucapkan terima kasih kepada seorang doktor yang dikenali sebagai Doktor Yuswardi dari Klinik Suleiman Mentakap kerana memberi rawatan secara percuma kepada ibu saudaranya yang telah uzur dan tiada penglihatan sejak kecil.

“Saya nak berterima kasih pada Doktor Yuswardi Dari klinik Suleiman Mentakab. Tengah malam dia datang ke rumah Makcik untuk memeriksa keadaan Makcik saya yang sangat-sangat uzur dan tiada penglihatan sejak dari kecil Lagi.”

Menurut Alyah, doktor tersebut tidak menerima bayaran kerana ini adalah Amal Jariah dirinya kepada orang tua dan golongan kurang upaya.

“Yg paling terharu, bila saya dan kakak sepupu saya nak buat pembayaran beliau (Doctor) berkata, Tak pe ini Amaljariah saya untuk orang tua dan orang OKU. Tergamam saya dan keluarga”

“Tak ramai orang nak buat kebaikan selalunya lebih pada menunjuk & war warkan”

Alhamdulillah masih ada lagi insan yang berhati mulia buat kerja amal seperti ini. Siapa pun pasti akan tersentuh melihat apa yang dilakukan oleh Doktor ini. Dalam dunia ini, masih ramai yang baik, ikhlas dan berhati mulia, tetapi akibat perangai buruk segelintir, yang baik pun terpalit.

Artikel SebelumnyaScarlett Johansson Dilaporkan Menerima Bayaran Tinggi Untuk Filem Black Widow
Artikel Seterusnya4 Fakta Mengenai Perkahwinan Puteri Eugenie Yang Dikatakan Lebih Gah!
Suka menulis untuk dikongsi bukannya dikecam.