Sejak diperdengarkan beberapa minggu yang lalu, ‘buah tangan’ Dato Seri Siti Nurhaliza yang terbaru berjudul Anta Permana menerima pelbagai reaksi netizen. Meskipun terdapat beberapa komen negatif, rata- rata peminat menyambut baik single terbaru nya itu.

Cecah 1 Juta Tontonan

Menerusi laman Instagram nya, Siti menzahirkan rasa terharunya pada peminat dan rakan-rakan artis yang menyokong dan memuji ‘keindahan’ lagu yang dicipta oleh Hael Husaini dan Ezra Kong itu. Malah pada hari ini, video muzik lagu tersebut telah mencatat lebih dari 1 juta tontonan di YouTube

“Alhamdulillah, terima kasih untuk 1 juta tontonan muzik video Anta Permana dalam masa 7 hari. Kasih sayang saya juga Anta Permana buat anda semua. Teruskan menyokong karya anak seni tanahair. #AntaPermana”

Tangga Teratas Carta Trending Di iTunes

Dalam perkembangan lain, Siti turut mencatat satu lagi rekod cemerlang setelah setahun berehat dari dunia seni. Single yang dilancarkan pada 21 September lalu itu berada ti tangga teratas Top 10 iTunes Malaysia dengan mengetepikan lagu Ragaman (Faizal Tahir), You Are The Reason (Calum Scott), Girls Like You (Maroon 5) dan DDU-DU DDU-DU (BlackPink). Tahniah Tokti! Barangkali inilah yang dinamakan sebagai rezeki anak.

Artikel Sebelumnya4 Fakta Mengenai Perkahwinan Puteri Eugenie Yang Dikatakan Lebih Gah!
Artikel Seterusnya[VIDEO] Intip Bilik Mandi Mewah Dalam Pesawat Dinaiki Neelofa Ke Paris
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress