Semenjak video kejutan yang dibuat oleh Betty Rahmad untuk suami tercinta tentang kehamilannya menjadi antara favourite ramai netizen, Betty kini dilihat semakin berseri-seri serta sihat ketika hamil cahaya mata yang pertama.

IKLAN

Bagi adik kesayangan pelakon Erma Fatima serta Umie Aida ini, walaupun terdapat sebilangan netizen mengutuk tentang penampilannya yang dilihat semakin ‘mengembang’ namun Betty enggan mempedulikan kata-kata negatif mereka. Bagi Betty, dia cuma mahu menikmati setiap detik-detik indah ketika menjadi seorang wanita mengandung.

“Kembang ke kuncup ke sis redho orang nak comment apa? I just wanna enjoy my pregnancy journey & paling penting my little one is healthy. InsyaAllah. Pray for us & keep guessing its a boy or girl ????”, tulis Betty.

Hangat.com mendoakan agar kandungan Betty sihat sejahtera ketika melahirkan. Semoga segala urusan dipermudahkan hendakNya, in shaa Allah, aamiin!

BACA  Menang Saman! Awal Ashaari & Scha Al-Yahya Peroleh Tuntutan RM345,305