Penerbit filem pecah panggung, Munafik 2 iaitu Datuk Yusof Haslam telah mengambil tindakan mahkamah terhadap individu yang telah mencetak rompak serta menyebarkan rakaman filem tersebut di media sosial baru-baru ini.

Surat saman telah dihantar terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab itu yang menggunakan akaun Facebook Sasuke Kun atau nama sebenarnya Muhammad Izwan Shah Bin Kamal Shah dan turut menggunakan akaun Instagram @muhammad_izwan_shah.

Ini adalah salah satu cara untuk Datuk Yusof membendung gejala cetak rompak yang sudah lama membelenggu seluruh penggiat industri filem tempatan.

“Saya tidak memandang perkara ini untuk kepentingan peribadi kerana ia adalah kebaikan kepada semua penggiat seni tempatan dan masa depan industri. Golongan seperti ini perlu diberi pengajaran agar tidak akan berlaku pada masa akan datang tidak mengirasa sama ada karya terbitan atau penerbit lain”, kata Datuk Yusof kepada Kosmo.

Sebutan kes akan berlangsung di Mahkamah Tinggi Taiping pada 22 Oktober ini. Setakat ini filem Munafik 2 telah mencatat kutipan mencecah RM43 juta sejak ia ditayangkan pada 30 Ogos lalu.

Alhamdulillah Hangat.com ucapkan, akhirnya gegala cetak rompak dapat dibendung setelah Datuk Yusof telah membuat tindakan. Jadi, kepada pembaca Hangat.com jangan sesekali membuat kesalahan ini ya, tolong ada perasaan hargai hasil karya anak Malaysia. PEACE!

SUMBERKosmo Online
Artikel SebelumnyaBetty Rahmad Redha Dianggap “Mengembang” Asalkan Bahagia?
Artikel SeterusnyaSyazwan Zulkifly Mempersoalkan Kemenangan Pemenang ABPBH31 Yang Beli Undi?
Konsert, Muzik, Filem dengan hidupku umpama "bila bunyi bersatu kau milikku!"