Anugerah Bintang Popular Berita Harian yang ke-31 (ABPBH 31) sehingga kini masih lagi diperkatakan, biarpun sudah seminggu berlalu. Termasuklah pelakon Syazwan Zulkifly yang baru-baru ini menerusi laman Twitter miliknya telah mempersoalkan kegagalan kawannya, pelakon Shukri Yahaya tercalon dalam kategori pelakon popular ABPBH 31.

Menurutnya, aktor itu sudah membuktikan popularitinya menerusi drama-drama yang mendapat rating tinggi. Malah Syazwan juga mempersoalkan pelakon yang berlakon satu drama setahun pula yang boleh boleh menang.


“Kenapa kawan saya @shukriyahaya tak tercalon langsung ye? Dengan rating-rating drama yang beliau dah buat pun, top 5 pun tak dapat? Yang berlakon satu drama setahun pula boleh menang? Ajaib…”, tulis Syazwan di Twitter.


“Takkanlah kawan yang berjuta-juta rating dramanya di televisyen takda langsung orang undi ye dok?” soalnya yang meluahkan pendapatnya.

Pada malam kemuncak ABPBH31 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) itu pada 7 Oktober lalu mengangkat Wany Hasrita sebagai Bintang Paling Popular.  Selain itu, pasangan Fattah Amin dan Fazura memenangi kategori Pelakon TV Lelaki dan Wanita Popular.

Syazwan berkata, biarpun Shukri tidak kisah tentang perkara tersebut, namun dia sebagai pelakon yang masih aktif dalam industri menganggap ia sebagai sesuatu yang pelik.  Tambahnya, mekanisma yang digunakan bagi memilih pemenang berdasarkan populariti meragukan banyak pihak.


“Kunonya industri saya ni, boleh kamu terangkan populariti itu apa? terkenal ke? paling banyak tekan ke atau banyak beli. Kalau terkenal, tak payah kelab peminat pun boleh menang,” ujarnya lagi.

Hmmm… Apa yang Syazwan perkatakan itu ada banyak betulnya juga kan? Yang berlakon satu drama setahun boleh menang pula? Hangat.com ada terima info yang mengatakan bahawa ada artis ni menang disebabkan dia keluarkan duit puluhan ribu di saat-saat akhir untuk pastikan diri dia menang disebabkan TAKUT KALAH di tangan pesaingnya? Wallahu a’lam.

SUMBERBerita Harian
Artikel SebelumnyaDatuk Yusof Haslam Saman Individu Sebar Cetak Rompak Filem Munafik 2!
Artikel Seterusnya“Abah Dah Tak Ada” – Syafiq Farhain Sedih Dengan Pemergian Saleem Iklim
Konsert, Muzik, Filem dengan hidupku umpama "bila bunyi bersatu kau milikku!"