Semalam, industri hiburan dikejutkan dengan pemergian penyanyi lagenda, Saleem Iklim yang meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) kira-kira pukul 6 pagi. Berita sedih itu dikongsi di Instagram oleh anaknya yang juga penyanyi, Syafiq Farhain.

Selamat Dikebumikan

Terdahulu, Saleem atau nama sebenarnya A.M Saleem Abdul Majeed, 57, cedera parah dalam satu kemalangan motorsikal yang ditungganya pada 12 September lalu di Bandar Mahkota Cheras yang menyebabkan 12 tulang rusuk patah manakala salah satunya tertusuk paru-paru. Jenazah penyanyi itu selamat dikebumikan pada tengahari semalam di Tanah Perkuburan Islam Batu 10, Cheras.

Syafiq Farhain Luah Rasa Sedih Di Instagram

Dalam perkembangan lain, Syafiq meluahkan rasa sedihnya di Instagram atas pemergian bapanya itu.

Malah dalam satu wawancara bersama para media, dia turut berasa terkejut kerana merasakan bapanya seolah-olah pergi terlalu cepat.

Syafiq merupakan anak daripada perkahwinan pertama Saleem dengan Juwita sekitar 20 tahun lalu. Selain ahli keluarga, rata-rata rakan artis turut merasai kehilangan penyanyi Suci Dalam Debu itu. Sama-sama kita doakan semoga roh Allahyarham Saleem ditempatkan di kalangan orang beriman. Al-Fatihah