Pada Mei yang lalu, penyanyi Ariana Grande telah mengikat tali pertunangannya dengan pelakon dan pelawak, Pete Davidson. Bermula dengan persahabatan sehinggalah mengejutkan ramai peminat mengenai pertunangan mereka, kedua-duanya kelihatan begitu serasi sekali.

Sudah Putus Tunang

Terbaru, media antarabangsa melaporkan bahawa kedua-dua selebriti ini sudah berpisah dan secara tidak langsung ikatan pertunangan diantara mereka juga sudah putus. Berita itu mula ‘dihidu’ media pada minggu ini. Meskipun ianya bukanlah masa yang sesuai untuk berpisah, kedua-duanya dikhabarkan masih saling sayang-menyayangi dan berpisah secara baik.

Bulan Yang Mencabar Bagi Ariana

Dalam perkembangan lain, September dan Oktober dilihat seperti bulan yang agak mencabar bagi penyanyi itu. Bermula dengan kematian bekas teman lelakinya, Ariana turut dikatakan mengalami tekanan perasaan sehingga menyebabkan dia terpaksa membatalkan beberapa program besar termasuklah undangan persembahan episod premier yang ke 44 bagi Saturday Night Live.

SUMBERTMZ
Artikel SebelumnyaPesanan Padu Diana Danielle Kepada Kaki Sibuk Rumahtangga Orang
Artikel Seterusnya[VIDEO] 9 Penyanyi Ini Sahut Cabaran Anta Permana Siti Nurhaliza
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress