Sebentar tadi, penyanyi kesayangan ramai Dato Sri Siti Nurhaliza telah berkongsi sesuatu dengan peminat-peminatnya di Instagram. Dimana menurut Siti, ibunya kini telah membuka sebuah kafe di Cheras, Kuala Lumpur.

Impian Ibu Siti Tercapai

Menurut Siti, ibunya yang dikenali sebagai Siti Salmah Bachik atau lebih mesra disapa sebagai Mak Mah sudah sekian lama mengimpikan untuk membuka sebuah kafe ataupun restoran. Tambah Siti lagi, kafe tersebut dikenali sebagai Kafe Mak Mah dan mula beroperasi pada hari ini. Perkongsian tersebut turut dibuat oleh kakak Siti yang juga penyanyi, Saida Tarudin.

Nasi Lemak Sebagai Pembuka Menu

Kongsi Siti di Instagram, segala masakan di kafe ibunya itu adalah hasil air tangan Mak Mah sendiri dan sebagai permulaan Nasi Lemak menjadi menu di kafe itu. Masih kami ingat suatu ketika dahulu, Siti pernah berkongsi cerita ketika dia masih kecil dia membantu ibunya menjual nasi lemak dan kuih muih bagi menjana pendapatan keluarga mereka.

Barangkali untuk mereka yang teringin merasai air tangan serta nasi lemak yang penuh dengan kisahnya ini boleh berkunjung ke Cafe Mak Mah di Taman Connaught, Cheras Kuala Lumpur.