Sebelum ini, kita sering digambarkan kehidupan kerabat diraja adalah penuh protokol dan hidup dalam serba kemewahan. Malah dikhabarkan juga segala tindak tanduk mereka diperhatikan sepenuhnya agar keselamatan terjamin.

3 Kerabat Diraja Jadi Perhatian Dunia

Namun tidak bagi tiga kerabat diraja ini. Meskipun ada diantara mereka menggalas tanggungjawab memimpin sesebuah negeri ataupun jajahan, ianya bukanlah alasan untuk mereka berkecimpung dalam bidang yang diminati. Lasak dan berbakat! Ketiga-tiga kerabat diraja ini menjadi perhatian dunia kerana penglibatan mereka dalam bidang sukan serta turut menjadi contoh yang baik untuk rakyat jelata.

1DYMM Sultan Mizan Zainal Abidin

Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah telah diputerakan pada 22 hari bulan Januari, 1962 di Bandar Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman. Kebawah Duli Yang Maha Mulia adalah putera sulung daripada tujuh bersaudara.

Bergelar seorang Sultan apatah lagi pernah menjadi Agong suatu ketika dahulu bukanlah penghalang buat Sultan Mizan untuk aktif dalam bidang sukan. Selain menunjukkan minat dalam sukan bola sepak dan goilf, Sultan Mizan juga tampil mengharumkan nama negara menerusi sukan berkuda khususnya Endurance.

Baginda banyak terlibat dalam menyertai pertandingan Endurance Ride yang dianjurkan sama ada di dalam negara atau di luar negara. Terbaru, kejayaan Baginda sultan yang begitu manis untuk dikenang adalah apabila berjaya merangkul pingat emas dan memecah rekod baharu dalam di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 dalam acara sukan kuda lasak kategori individu.

2Putera Abdul Mateen

Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah atau juga dikenali sebagai Putera Mateen merupakan seorang putera raja yang begitu terkenal di seluruh dunia. Selain memiliki wajah yang kacak, Putera Mateen juga begitu aktif dalam bidang sukan terutama sukan berkuda sama seperti DYMM Sultan Mizan.

Namakan sahaja mana-mana sukan lasak seperti bola sepak, boxing, sky diving, scuba diving segala-galanya telah diceburi putera kesepuluh ini. Lebih membanggakan, Putera Mateen menyimpan rekodnya sendiri kerana mempunyai lesen untuk menyelam ke dasar laut sedalam 18 meter!

3Putera Sheikh Nasser

Siapa sangka di sebalik kemewahan keluarga mereka, Putera Sheikh Nasser atau nama sebenarnya Sheikh Nasser bin Hamad Al Khalifa memilih untuk bergiat aktif dalam bidang sukan. Putera raja Bahrain ini juga gemarkan sukan berkuda serta mencatat pelbagai rekod kecemerlangan peribadi dalam bidang sukan. Terbaru, Putera Nasser menjadi bualan hangat netizen apabila rekod pencapaiannya dalam sukan berbasikal benar-benar mengagumkan!

Berenang sejauh 3.8KM selama 1 jam 3 min (1:39/100m), berbasikal 180 Kilometer selama 4 jam 40 mi dan berlari sejauh 42 Kilometer, rekod tersebut benar-benar tidak masuk di akal dan ianya pula telah dicipta oleh seorang putera raja. Hebat!

Artikel SebelumnyaMaklumat Peribadi Dibongkar! Nur Sajat Buat Laporan Polis
Artikel Seterusnya8 Fakta Christopher Reeve Ini Begitu Menginspirasikan!
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress