Saat ke kota Yogyakarta atau lebih dikenali sebagai Jogja, terdapat pelbagai pilihan untuk anda menerokai terokai tarikan disini. Baik ingin mengikuti segala tarikan yang anda, atau barangkali ada yang ingin bercuti bersama keluarga mahupun berbulan madu disini. Sama ada anda ingin jadi ‘traveler’ mahupun ‘tourist’ pilihan terletak pada anda.

IKLAN

5 Hotel Terbaik Di Jogja

Untuk anda yang bergelar ‘tourist’ suka untuk kami tampilkan 5 pilihan hotel terbaik di Jogja berdasarkan pengalaman kami terdahulu. Namun begitu, buat anda yang selalu ‘backpackers’ tidak mustahil untuk anda mencuba menginap di hotel-hotel terkemuka ini kerana kami berjanji ianya bakal memberikan satu pengalaman baru buat anda.

1Yogyakarta Marriot Hotel

Hotel 5 bintang ini terletak bersebelahan kompleks membeli belah terkemuka di Yogyakarta iaitu Hartono Mall. Bagi kami yang sudah menginap disini suka untuk gambarkan Yogyakarta Marriot Hotel punyai segala-galanya dan cukup selesa, sesuai dengan tarafnya sebagai hotel mewah di bandar ini.

BACA  Raja Zarith Sofiah Dedah Lelaki Berbangsa India Ini Berjasa Pada Kerabat Johor

Website : www.marriott.com
Alamat : Jalan Ringroad Utara, Condong Catur, Yogyakarta 55283

2Plataran Heritage Borobudur Hotel

Klasik dan menenangkan! Itulah yang kami gambarkan mengenai Plataran Heritage Borobudur Hotel ini. Manakan tidak, hotel yang dikelilingi sawah padi ini menggabungkan pelbagai elemen kolonial sebagai hiasan dan reka bentuknya. Anda pasti akan terpegun dengan dekorasi biliknya yang cukup klasik! Masih segar dalam ingatan kami bunyi riuhan cengkerik pada waktu malam yang cukup menenangkan.

Website : www.plataran.com
Alamat : Dusun Kretek, Karangrejo, Borobudur, Magelang Central Java 56553,

3101 Hotel Yogyakarta

Untuk kaki shopping hotel ini wajib diletakkan sebagai hotel pilihan anda! Terletak di Golden Triangle Yogyakarta iaitu Malioboro dan berhadapan tugu putih, untuk membeli belah di kawasan sekitar cukup hanya berjalan kaki. Jangan lepaskan peluang untuk minum kopi Joss di hadapan hotel ini.

BACA  9 Gambar Terakhir Seventeen Di Pentas Sebelum Ranap Dilambung Ombak Tsunami

Website : www.phm-hotels.com/the1o1hotels
Alamat : Jalan Margoutomo No.103 (Mangkubumi) Yogyakarta 55232

4Hyatt Regency Yogyakarta

Salah satu hotel kegemaran kami! Reka bentuk hotel yang sama seperti Candi Borobudur pasti akan membuatkan anda enggan meninggalkan hotel 5 bintang ini. Tidak keterlaluan untuk kami katakan 1/4 daripada Jogja anda akan temui disini kerana terdapat pelbagai tarikan didalamnya termasuk kolam renang yang begitu unik. Malah hotel ini juga syurga buat Instagrammer!

Website : www.hyatt.com
Alamat : Jalan Palagan Tentara Pelajar, Yogyakarta, Indonesia, 55581

5Adhistana Hotel

Masihkah anda ingat dengan filem Ada Apa Dengan Cinta 2(AADC)? Hotel ini merupakan salah satu hotel yang ditampilkan dalam filem tersebut. Juga syurga buat mereka yang gemar bergambar dan abadikan di dalam Instagram, landskap yang ditunjukkan cukup menarik perhatian sesiapa sahaja yang menginap disini!

BACA  Drama Band Dianggap Biadap! Single Terbaharu Didakwa Perli Artis Tempatan

Website : https://adhisthanahotel.com
Alamat : Jl Prawirotaman 2 no 613 Mergangsan, Yogyakarta 55153

Artikel ini bersempena kunjungan Hangat Travel di Yogyakarta menerusi Media Digital FAMTrip For Southeast Asia yang dianjurkan oleh Ministry of Tourism Republic of Indonesia baru-baru ini.