Sebelum ini di mana-mana acara besar pelakon dan pengarah Dato Afdlin Shauki pasti akan ditemani oleh ibunya, Fadzilah Jelani. Namun sejak beberapa minggu yang lalu ibunya itu dilaporkan jatuh sakit sehinggalah jam 5.56 petang semalam, Afdlin mengesahkan ibunya sudah kembali ke rahmatullah.

Buat Pembedahan Jantung

Pada minggu lalu, Afdlin menerusi Instagram nya memohon kepada semua peminat dan kenalan agar mendoakan keadaan ibunya yang menjalani rawatan jantung (bypass). Akan tetapi berdasarkan perkembangan yang dimuatnaik Afdlin, keadaan ibunya semakin lemah. Rata-rata peminat menzahirkan ucapan takziah buat Afdlin serta turut terasa kesedihan yang dialaminya memandangkan pelakon itu begitu rapat dengan Allahyarhamah ibunya.

Dikebumikan Hari Ini

Dalam perkembangan lain, Afdlin turut memberitahu segala urusan pengebumian Allahyarham ibunya akan diselesaikan pada pagi ini buat mereka yang ingin menziarah dan memberi penghormatan terakhir.

View this post on Instagram

Assalammualaikum warrahmatullah hiwabarakatuh semua. Assalammualaikum, Dukacita dimaklumkan bahawa ibu tersayang kami Puan Fadzilah Jelani telah kembali ke rahmatullah pada hari ini Isnin 15/10/2018, pukul 5:56 petang di IJN, KL. Sama2 kita doakan agar rohnya dirahmati dan ditempatkan dgn golongan orang2 yang beriman. ‎إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون ‎بسْــــــــمِ اٌللَّهِ اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْـــــــــم ‎ِِ.اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِينَ ۞ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ ۞ إيَّاكَ نَعْبُدُ وإيَّاكَ نَسْتَعِينُ ۞ اِهْدِنَا الصِّراطَ الْمُسْتَقِيمَ ۞ صِرَاطَ الَّذِينَ أنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّيِنَ.. ‎ آمِّيْنَ.. jumpa mummy kat syurga ya…

A post shared by Afdlin Shauki (@afdlinshaukiofficial) on

Kami di Hangat.com merakamkan ucapan takziah buat Dato Afdlin Shauki sekeluarga dan semoga roh Allahyarhamah Fadzilah Jelani ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Al-Fatihah.

Artikel SebelumnyaMakin Memukau! Penampilan Baru Sharifah Sakinah Dengan Rambut ‘Silver’
Artikel SeterusnyaNgeri! Luna Maya Kongsi Pengalaman Ditanam Hidup-hidup
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress