Selamat Hari Lahir Aqeef Anaqi yang ke-1 tahun! Siapa sangka sudah setahun umur anak kepada selebriti terkenal, Amar Baharin dan Amyra Rosli.

Kongsi Video Detik Lahirkan Anak

Tiada yang lebih indah buat mana-mana pasangan tatkala menerima kehadiran orang baru dalam keluarga mereka. Bersempena dengan kelahiran anaknya itu, Amyra turut berkongsi detik melahirkan Anaqi setahun yang lalu. Ujar Amyra lagi, sebelum ini dia tidak pernah berkongsi pengalamannya itu di mana-mana platform sosial. Di kesempatan ini, Amyra memuatnaik rakaman video serta gambar sebelum dia melahirkan Anaqi sebagai kenang-kenangan.

Sebak Imbas Kembali Detik Kelahiran

Tambahnya lagi, detik kelahiran itu adalah sesuatu yang manis untuk dikenang malah turut merasa sebak disaat melahirkan anak pertama mereka.

Amyra dan Amar turut menzahirkan ucapan dan doa buat anaknya itu dan peminat turut mengharapakan Anaqi akan membesar menjadi anak yang soleh dan berbakti pada ibu bapanya.