Masih ingat The Anggun? Bayi kembar perempuan comel yang juga anak kepada Diana Nasir. Sebelum ini tular kisah mengenai Anggun Darleesa dan Anggun Darleena dengan pelbagai keletah mereka yang mencuit hati. Lebih menggembirakan, tidak lama lagi kedua-dua mereka bakal menjadi seorang kakak!

Baby Shower Diana Nasir Begitu Meriah!

Pada hujung minggu lalu, Diana telah mengadakan sebuah majlis ‘baby shower’ dan pengumuman jantina cahaya matanya yang ketiga bersama suami yang dikenali sebagai Azwan. Majlis yang berlangsung itu digambarkan begitu meriah dengan kehadiran ahli keluarga mereka apatah lagi keluarga Diana sememangnya besar dan rapat antara satu sama lain.

Umum Jantina Cahaya Mata Ketiga

Dalam majlis itu juga, Diana dan suaminya telah mendedahkan jantinan cahaya mata ketiga mereka dan siapa sangka ianya juga cahaya mata perempuan!

Melihatkan pada keluarga Diana yang begitu ramai perempuan ditambah pula denga anak-anak mereka, Diana menyifatkan keluarganya saling tak tumpah seperti kumpulan Kpop Girls Generation.

“Our family is growing, we can’t wait to welcome another @the_angguns in the family. Dulu kami berlima boleh jadi Spice Girls, sekarang Girls Generation yang dianggotai Diana, Mia, Afifah, Nazirah, Anggun Darleesa, Anggun Darleena dan Anggun baru!”

Makin meriah keluarga besar ini bukan? Kami di Hangat.com mendoakan Diana semoga dipermudahkan segala urusan kelahiran cahaya mata baru dan berada dalam keadaan sihat-sihat sahaja.