Dalam setiap pentas peragaan ratu cantik, antara yang dinanti-nantikan adalah peserta-peserta memperagakan kostum kebangsaan negara masing-masing. Jika tahun lepas kostum nasi lemak menerusi satu pertandingan ratu cantik diwakili peserta negara kita, tahun ini sesuatu yang menarik dan unik telah ditampilkan menerusi wakil negara dalam Miss Grand International.

Kostum Kebangsaan Inspirasi Burung Kenyalang

Malaysia akan diwakili oleh Debra Jeanne Poh yang telah merangkul gelaran Miss Grand Malaysia tempoh hari dan akan bersaing dengan 79 delegasi yang lain.

Menariknya lagi bagi slot kostum kebangsaan, Jeane akan menyarungkan kostum yang diinspirasikan dari burung Kenyalang, burung yang banyak didapati di negeri kelahiran Jeanne sendiri, Sarawak Bumi Kenyalang.

Dikenali Sebagai Tebengang The Great

Dari segi pengamatan kostum nya, selain motif corak batik Sarawak dan burung Kenyalang sendiri, turut terselit adalah motif flora, Bunga Rafflesia yang dikenali sebagai bunga paling besar di dunia dan banyak didapati di Sarawak.

Malah kostum rekaan pereka fesyen dari Sarawak, Paul Carling itu turut dikenali sebagai Tebengang The Great.

Apa pendapat anda mengenai kostum yang diperagakannya? Kongsikan dengan kami disini!