Masih kami ingat pada awal tahun lalu, pelakon dan pengacara Karl Shafek telah berkongsi pengalaman pahitnya apabila dia telah diugut oleh jirannya yang ingin mengupah orang untuk memecah masuk malah membakar kediamannya.

Semuanya gara-gara jirannya itu mendakwa kucing peliharaannya membuang najis meratap-rata di kawasan kondominium nya. Ekoran itu, Karl atau nama sebenarnya Khairul Shafek Ibrahim turut membuat laporan polis memandangkan terdapat unsur ancaman.

‘Anak’ Sudah Tiada

Terbaru, pengacara itu berkongsi rasa sedih dan hibanya di Instagram dimana menurutnya kucing kesayangannya yang digelar sebagai Megat sudah pergi buat selama-lamanya. Begitu terasa dengan pemergiannya, bagi Karl dia sudah menganggap Megat sama seperti anaknya dan ditatang bagai minyak yang penuh. Manakan tidak, sejak 2011 si comel itu menemani dan menjadi pengubat segala duka Karl.

Menangis Dapat Khabar Berita Sedih

Kongsi pengacara CJ Wow Shop itu lagi, tatkala menerima berita pemergian Megat, dia bagaikan tersentak seketika dan turut menangis mengenangkan kenangan manisnya bersama Megat selama 7 tahun.

Benarlah kata Karl, hanya pencinta kucing sahaja yang mengerti bagaimanakah perasaan tatkala kehilangan mereka. Diharap Karl akan terus tabah dan bahagia bersama kucing-kucingnya yang lain!

SUMBERInstagram Karl Shafek
Artikel SebelumnyaDulu ‘Jambu’ Sekarang Sado, Ini Rahsia ‘Six Pack’ Shahid Kapoor
Artikel SeterusnyaReunion! Bintang Kuch Kuch Hota Hai Sambut Ulangtahun Ke-20
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress