Siapa sangka pada hari ini filem hindustan kegemaran ramai, Kuch Kuch Hota Hai (KKHH) menginjak usianya yang ke 20 tahun! Filem yang menampilkan Datuk Shah Rukh Khan, Kajol dan Rani Mukherjee sebagai pelakon utamanya benar-benar mencetuskan fenomena hampir diseluruh dunia.

IKLAN

Menariknya lagi, meskipun sudah 20 tahun filem itu masih tidak jemu ditonton malah lagu-lagunya juga masih dinyanyikan sehingga ke hari ini.

Bintang-Bintang Kuch-Kuch Hota Hai Sambut Ulangtahun Ke-20

Bersempena dengan ulangtahun filem itu yang ke 20, pengarah Kuch Kuch Hota Hai, Karan JoharΒ  mengadakan sebuah majlis khas bagi meraikannya. Tidak dilupakan bintang-bintang utama filem itu dan penggiat industri turut dijemput. Kelihatan ketiga-tiga tonggak utama bergambar dan persahabatan mereka yang terjalin sejak terbabit dalam KKHH ternyata begitu erat sehingga ke hari ini.

BACA  I Want to Eat Your Pancreas, Filem Anime Dengan Cucuran Air Mata

Kongsi Pengalaman Berlakon

Dalam majlis itu juga, pelakon serta pengarah KKHH turut berkongsi pengalaman mereka ketika menjalani penggambaran. Menurut Karan, dia begitu berterima kasih pada Shah Rukh Khan kerana mencadangkan filem tersebut dimainkan bersama-sama lagu.

Malah bagi Kajol pula, dia tidak percaya filem tersebut benar-benar memberi keajaiban sehingga mampu menjadi filem kegemaran ramai sepanjang zaman. Kami pasti anda sudah menonton filem ini bukan? Apakah babak kegemaran anda? Kongsikan dengan kami!