Peminat Kim Kardashian pasti senang hati dengan gambar terbaru yang baru saja dimuatnaik di Instagram hari ini. Jika sebelum ini Kim sering mempamerkan tubuhnya separuh bogel namun kali ini dia menampilkan lelaki tanpa seurat benang pula dalam posting terbarunya.

Menerusi gambar tersebut, Kim terlihat pose seperti merangkak di atas sofa manakala model lelaki berkulit gelap itu melutut di lantai sambil memegang cermin. Semestinya ini ada satu gimik dari Kim untuk mempromosikan produk kosmetik terbarunya.

Bintang realiti terkenal ini dilihat mengenakan pakaian berwarna silver dan menulis kapsyen: “@kkwbeauty oleh David LaChapelle! Satu koleksi baru 7 Pressed & Loose Powder Pigments, semua dalam warna-warna cerah & berkilauan !!!!!

Sehingga artikel ini ditulis, tidak sampai 10 jam dimuatnaik,  foto seksi Kim Kardashian dan lelaki bogel ini mendapatkan likes hingga lebih dari 1.7 Juta.

Memuatnaik gambar bogel di Instagram bukanlah sesuatu yang baru bagi Kim. Dia sudah lali dengan bahan bulan-bulanan netizen kerana penampilannya yang selalu terbuka dan tak segan tayang tubuh bogel.

SUMBERThe Sun
Artikel SebelumnyaJimba Fest Tour: Barisan Artis Popular Gegarkan UTHM Batu Pahat
Artikel SeterusnyaDiva? Ummi Nazeera Dedah Sifat Sebenar Diana Danielle
Suka menulis untuk dikongsi bukannya dikecam.