Sebagai manusia biasa, kita tak pernah terlepas dari kesilapan. Jadi yang dah lepas tu janganlah dikenang-kenang lagi. Namun jika bergelar selebriti, kisah silam peribadi mereka sering diungkit-ungkit untuk santapan umum. Lagi-lagi zaman sekarang, segala maklumat berada di hujung jari. Hanya google sahaja, semua perihal dan kontroversi artis dulu-dulu dapat dibaca.

View this post on Instagram

Kalau google nama Kaklong, yg keluar pada carian itu semuanya kisah #throwback & cerita silam Kaklong ‘hilang’ meninggalkan dunia seni. Selebihnya banyak mengenai cinta dgn seorang lagi ‘Raja Dangdut’ ketika itu. 🙈🙈🙈 . Kadang2 stress pulak bila google nama sendiri. Tak pun kalau anak2 yg sibuk google & lepas tu bertanya kat Kaklong. Lebih parah kalau kawan sekolah dorang yang google & kemudian ‘membawang’ pasal Kaklong.. Aduhhhh stress! 😬😥😜. . Tapi nasib baik anak2 semua faham & sentiasa bijak berfikir secara logik. So Kaklong takdelah pening sgt nak melayan sebarang soalan. Korang ada ke google nama sendiri & stress lepas tu?! ❤️🙏🏻🌺 . 👗 @razman_razmikualalumpur 📸 @bynanaazman . #MindOrder #MindOrderManagement #Amelina #AmelinaxMindOrder #GengKaklong #TeamAmelina

A post shared by AMELINA AMIR (@amelinaamirsharipuddin) on

Seperti yang terjadi kepada peserta Gegar Vaganza Musim Ke-5, Amelina Amir atau lebih mesra dipanggil Kak Long, yang begitu tertekan jika dia meng-google nama sendiri di internet. Menurut kenyataannya di Instagram, terlalu banyak kisah lama berkaitan kehilangan dirinya dan gosip percintaan zaman dahulu kala di dalam carian google.

“Kalau google nama Kaklong, yang keluar pada carian itu semuanya kisah #throwback & cerita silam Kaklong ‘hilang’ meninggalkan dunia seni. Selebihnya banyak mengenai cinta dengan seorang lagi ‘Raja Dangdut’ ketika itu.”

Apa yang membimbangkan, jika ia digoogle sendiri oleh anak-anaknya dan akan menimbulkan banyak persoalan.

“Kadang-kadang stress pulak bila google nama sendiri. Tak pun kalau anak-anak yang sibuk google & lepas tu bertanya kat Kaklong. Lebih parah kalau kawan sekolah mereka yang google & kemudian ‘membawang’ pasal Kaklong. Aduhhhh stress!”

Walaubagaimanapun, Amelina tetap bersyukur kerana anak-anaknya sangat memahami & sentiasa bijak berfikir secara logik.

Apa-apa pun sebagai peminat,  sokonglah artis kegemaran anda dengan apa yang dicapai sekarang mahupun pada masa akan datang bukannya mengungkit kisah silam mereka. Bezanya kita manusia biasa, aib dan silap kita selalunya kita lindungi, tetapi kalau artis, mudah untuk nak ‘membawang’.

Artikel SebelumnyaDiva? Ummi Nazeera Dedah Sifat Sebenar Diana Danielle
Artikel SeterusnyaRamlah Ram Bongkar Rahsia Baju Berlampu Bentuk Hati
Suka menulis untuk dikongsi bukannya dikecam.