Tahun lalu, kami pernah memuat naik artikel mengenai figura ini sehingga tular di media sosial. Pelbagai gelaran telah diberikan padanya. Namakan sahaja seperti doktor sado, doktor handsome, doktor selebriti segala-galanya diterima dengan positif oleh Dr Say Shazril atau nama sebenarnya Shazril Shaharuddin.

Alami Masalah Kesuburan

Siapa sangka, di sebalik wajahnya yang ceria dan turut menghiasi pelbagai iklan komersial, Dr Say baru-baru ini turut berkongsi permasalahan kesihatan tubuh badannya. Menerusi Instagram nya, dia mengaku bahawa dia mengalami masalah kesuburan iaitu penyakit Teratozoospermia yang menjadi punca mengapa isterinya turut sukar untuk mengandung selama empat tahun mereka berkahwin.

View this post on Instagram

Topik : Bukan Semua Salah Perempuan Part 1 . Post ni panjang skit n dikhaskan tuk yg dah atau akan berkahwin sb lusya (18SX) skit. Anyway kami kawin dah 4tahun setengah. 2 tahun lpas kawin kami merancang xmo ade kids sb yelah bz housemanship (xmo habis lmbt n xmo gune ngandung/ anak sbgi alasan salu ponteng/ dtg lmbt) dgn cara kuah asing (buang luar) semata2. . Sepanjang 2 tahun kuah asing tu mmg x lekat n sy pun ingat woah power kuah asing ni maka kami teruskan kuah asing smpi lah kami di Terengganu. Bile kt Tengganu pn kami sambung rancang sb suasana agak x kondusif tuk pregnancy (jauh dari family n sy kerja shift n bini pn oncall sokmo). 2 tahun berlalu di Terengganu b4 kami quit gomen n pulang ke Selangor. . Sejejaknya kami di Selangor ape lagi kuah campur siap kuah banjir sy bagi tp seperti normal Malays bile xlekat mula pikir salah bini kot sb dulu die pernah operate besar2an belah perut (explorative laparotomy) tuk burst appendicitis. Maka bini herself dh mula risau thinking die xleh pregnant. . Maka kami consult specialist kami di Serdang dlu n die sarankan kami both buat checkup. Sy pun typical pemikiran lelaki pikiaq "aku nk buatpa, aku sihat salu p gym jaga makan". Maka bini buat checkup dlu. Amik darah check hormon normal. Buat HSG (nk tengok saluran peranakan tersumbat) pun came back normal. Now its my turn. Tp kna tnggu part 2 naa peeps ahaha. . #sharingbysay

A post shared by Dr Shazril Shaharuddin (@say_shazril) on

Tanpa memikirkan perasaan malu, Dr. Say berkongsi antara punca mengapa masalah tersebut. Baginya perasaan malu tersebut tidak menjadi masalah utama kerana niatnya hanyalah ingin memberi kesedaran pada orang ramai mengenai gaya dan rutin hidup sihat.

Bakal Bergelar Bapa

Nekad untuk turut mengubah gaya hidupnya, siapa sangka usaha yang dilakukannya hampir tiga bulan selama ini ternyata berhasil apabila tidak lama lagi dia bakal bergelar seorang bapa. Kongsinya lagi di laman Instagram, ‘kejayaan’ tersebut diperolehi atas usahanya yang cuba mengubah rutin hidup.

View this post on Instagram

Topik : Bukan Semua Salah Perempuan Part 4 (Extra Credit) . Aritu dh part finale eh? Sy bukak balik la eh sb 3 bulan dh berlalu sejak sy lakukan ujian Semen Analysis pertama sy. Maka arini kena repeat tuk penentuan tahap kesedapan kuah sy. Ape yg telah berlaku sepanjang 3 bulan ni? Sy talak satu air berkarbonat, bila duduk rumah sy go full orang asli (tiada pakaian dalam maximum pengudaraan), sy amalkan pemakanan yg lebih sihat & sy intim bermadu dua dgn supplement kesuburan sy. . Alhamdulillah keputusan ujian kuah sy, LAZAT! Melonjak gembira sy & adik sy sb yelah 3 bulan menanggung malu kuah basi tu agak lama bagi kami berdua. Maka skang its time tuk go all out "terkam" bini tapi tup tap sy terpaksa berpuasa sb Alhamdulillah BINI SAYA PREGNANT! Tiada perkataan yg dpt menggambarkan kegembiraan sy bila urine pregnancy test bini positif & bila pi scan nampak seketoi kantung comel yg memberi sejuta harapan kpd kami berdua. Berlinang air mata sy bang tgk Say Junior in the making. . Mcm mana bley jadi lagu tu pdhl baru repeat test arini? Well, dlm tempoh 3 bulan ni disamping medication & lifestyle changes, sy tetap bersama bini & tetap berusaha (mostly sb xmau perabih duit kt IVF) & Alhamdulillah dengan rezeki-Nya terjadilah perlekatan. Di samping tu, tak dilupakan berkat doa kalian menjadi penyumbang utama kpd penerbitan Say Junior ni. . Maka dgn kesempatan 30th birthday sy arini, sy ingin mengucapkan jutaan terima kasih kpd anda semua followers sy atas advices, tunjuk ajar & paling penting positive vibes korg. Obviously sy xkn lupekan mrk yg dlm kesusahan trying to conceive spt sy pd awal2 dlu. Paling penting adalah kalian be open ttg mslh kalian & berkongsi dgn saluran yg btol & im all ears for u guys. Thank u again peeps setia membaca part 1 sampai part 4 sy. . #sharingbysay

A post shared by Dr Shazril Shaharuddin (@say_shazril) on

Lebih manis, berita gembira itu turut diterima pada hari kelahirannya yang ke 30. Tahniah diucapkan buat Dr Say Shazril dan isteri! Semoga lebih banyak lagi tips bermanfaat dapat dikongsikan bersama pengikut-pengikut di media sosial.

Artikel SebelumnyaMenyerupai Rosmah Untuk Halloween! Blogger Ini Diugut Simbah Asid
Artikel SeterusnyaJoey G Dakwa Sazzy Falak Mabuk Di Hadapan Anak-anak?
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress