Sebelum ini agak kecoh dengan pertelingkahan antara pengacara Joey G dan model Patricia K di media sosial. Kontroversi permasalahan mereka berdua semakin hangat apabila masing-masing meluahkan perasaan tak puas hati melalui Insta Story mengenai hak penjagaan anak mereka yang baru berusia dua tahun iaitu Sophia Sue Lin.

View this post on Instagram

It’s a mutual thing. Feeding each other 🙃 #SophiaSuelin

A post shared by Patricia K (@patriciaknudsen) on

Terbaru, Patricia telah memuatnaik perkongsian berita gembira di Insta Story bahawa dia berjaya mengambil semula hak penjagaan anak perempuannya, Sophia.

“hari ini adalah hari paling bahagia dan paling emosi dalam hidup saya. akhirnya saya akan dapat kembali anak perempuan saya Sophia. Saya dapat menebus semula masa yang hilang bersamanya.

Kepada semua pengikut dan kawan-kawan saya, sudah tiba masanya untuk saya terus mara ke depan dari semua drama traumatik dan melampau ini. Tumpuan utama saya adalah anak perempuan saya dan keluarga tersayang”

Ucapan dari Patricia ini telah mendapat reaksi dari pelakon dan pengacara Sazzy Falak dengan berkata;

“Saya sangat gembira bagi pihak patricia. Dia sangat mengagumkan dan sangat kuat bagi seseorang ibu yang menjalani saat-saat yang paling traumatik. Orang boleh percaya apa sahaja yang mereka mahu percaya, saya melihat dengan mata sendiri dengan apa yang anda alami”

Ibarat mencurah minyak ke api, campur tangan Sazzy ini telah mengundang kemarahan Joey G lalu mengharapkan penjelasan darinya tentang apa yang diperkatakan.

“Sazzy falak? Anda datang ke villa kami selepas kejadian hampir lemas, anda membawa anak-anak dan beberapa botol alkohol dan mabuk bersama Patricia. Jadi apa yang anda lihat ? Apa yang kamu lihat dahulu? Sila terangkan. Adakah anda melihat mana-mana drama? atau adakah anda melihat saya berjalan keluar apabila anda meletakkan botol alkohol di atas meja untuk terus minum? Dengan seorang wanita sudah mabuk? Jadi sekarang anda telah terlibat dalam hal ini. Saya memohon anda untuk menjelaskan kenyataan anda?”

Perang media sosial pasangan ini bermula selepas Joey G yang juga merupakan seorang DJ luah rasa tak puas hati apabila Patricia K dengan beraninya memfailkan dakwaan penculikan terhadap dirinya. Joey turut memaklumkan sebab Patricia buat dakwaan itu hanya kerana dia tak setuju untuk Patricia bawa anak mereka yang baru berusia dua tahun itu untuk berjumpa dengan teman lelaki baharunya.

Tak lama selepas itu, Joey G bongkarkan lagi perangai sebenar Patricia di mana dia pernah ditipu Patricia lebih daripada 5 kali. Macam-macam kan! harap mereka berdua ini cepat-cepatlah berbaik demi kebaikan anak.

Artikel SebelumnyaTahniah! Dr Say Shazril Bakal Timang Cahaya Mata
Artikel Seterusnya[REVIEW] Gol & Gincu Vol.2 Wajib Masuk Senarai Mesti Tonton!
Gosip Selebriti sememangnya sudah menjadi sebahagian dalam hidup saya. Tak hairanlah jika selebriti hubungi saya untuk reka cerita gosip. Cerita sahih lebih diutamakan.