Umumnya kita sudah mengetahui bahawa pelakon Lana Nodin kini menetap di Los Angeles, Amerika Syarikat bersama suaminya dan anak perempuannya. Walaupun sarat hamil, Lana nekad mahu melahirkan bayi keduanya di tanahair.

Lana yang baru sahaja pulang ke Malaysia empat hari yang lalu, berkata dia mengambil risiko yang tinggi untuk terbang ke Malaysia walaupun sedang sarat mengandung.

“Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dengan penerbangan dari LA ke Kuala Lumpur. Saya mahu bayi saya dilahirkan di Malaysia, di hadapan orang yang saya sayangi, dan saya mahu ‘berpantang’ di sini juga, ” katanya kepada NST.

“Lebih mudah untuk ‘berpantang’ di sini. Ahli keluarga ada bersama dengan saya akan membantu, dan saya juga sentiasa percaya dengan kaedah rawatan tradisional. “

Lana dan suaminya Mohd Daud (David) McKienzie mengucapkan terima kasih kepada Pusat Perubatan Rampai Puteri kerana menaja kelahiran bayinya yang akan datang pada bulan depan.

Lana dan Mohd Daud, 39, bernikah pada 15 Mei 2015. Mereka dikurniakani seorang anak perempuan, Gia Quinn McKienzie, 2.

SUMBERNST
Artikel Sebelumnya[REVIEW] Gol & Gincu Vol.2 Wajib Masuk Senarai Mesti Tonton!
Artikel SeterusnyaZukie & Oyot Ditegur Penceramah Gara-Gara Lawak Lucah
Suka menulis untuk dikongsi bukannya dikecam.