Konsert Gegar Vaganza 5 (GV) pada minggu ini bakal menyaksikan peserta-peserta menyanyikan lagu duet hits bersama dengan peserta musim terdahulu.

Zarul Umbrella Retak Tulang Kaki

Namun begitu, disaat para peserta menanti debaran pada Ahad ini, peserta dan penyanyi Hetty Sarlene pasti akan sedikit gusar apabila rakan duetnya, Zarul Umbrella dilaporkan mengalami kecederaan di mana tulang jari kaki kanannnya telah retak ketika sedang menjayakan babak lakonan menerusi drama terbarunya berjudul Cokelat, Honey dan Red Velvet. Menurut sumber sebuah portal hiburan, Zarul tercedera kerana motosikal yang dibawanya sewaktu penggambaran hilang kawalan dan hampir terjatuh.

Akan Teruskan Persembahan Bersama Hetty

Meskipun mengalami kecederaan, ianya bukanlah satu alasan untuk Zarul menarik diri dari menjayakan persembahan Hetty.

Menurut Zarul, dia akan tetap teruskan persembahan tersebut dan menganggap kejadian yang menimpanya pasti akan ada hikmahnya. Pada minggu ini Hetty akan berduet bersama Zarul menerusi lagu asal Ajai dan Nurul yang berjudul Aku Cinta Aku Rindu.

SUMBERInstagram Zarul Umbrella
Artikel Sebelumnya10 Bukti Meghan Markle Tiru Fesyen Mendiang Puteri Diana
Artikel Seterusnya[VIDEO] Ifa Raziah Buru Kereta Mercedez Bernombor Plat BED 1222
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress