Berpantang maut sebelum ajal! Itulah peribahasa yang sesuai digambarkan buat penyanyi Ifa Raziah apabila dia dan suaminya yang menjadi mangsa langgar lari sebuah kereta mewah di ibu negara semalam.

Kereta Ifa Dilanggar

Menurut Ifa di Instagram nya menerusi sebuah video yang dikongsi, kereta berkenaan yang dipercayai jenis Mercedes telah melarikan diri selepas melanggar kereta mereka. Tambah Ifa, ketika itu mereka sekeluarga sedang dalam perjalanan pulang ke rumah dan laporan polis sudah pun dibuat selepas insiden tersebut.

Mahu Penjenayah Ditangkap 

Terbaru, susulan daripada laporan polis yang dibuat, Ifa berharap agar penjenayah yang dikenali sebagai Kukananthan A/L SA Kanagarayar, 58 dapat ditangkap secepat mungkin memandangkan isu tersebut juga hampir meragut nyawa mereka sekeluarga.

Adakan Doa Selamat

Dalam perkembangan lain, Ifa turut berkongsi beberapa gambar sekitar rumahnya di mana dia turut mengadakan majlis doa selamat untuk mereka sekeluarga.

Peminat-peminat yang mengikuti perkembangan Ifa turut menzahirkan rasa syukur dan mendoakan penyanyi kesayangan mereka sekeluarga berada dalam selamat dan sihat sejahtera.

SUMBERInstagram Ifa Raziah
Artikel SebelumnyaZarul Umbrella Retak Tulang Kaki Menjelang Konsert Gegar Vaganza 5!
Artikel Seterusnya“Ini Papa Ya”- Elly Mazlein Beri Bayangan Sudah Ada Pengganti?
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress