Kegagalan dalam perkahwinan pertama bersama pengarah Azmi Hatta bukanlah satu alasan untuk penyanyi dan pelakon Elly Mazlein berhenti mengecapi bahagia.

Sudah Ada Pengganti?

Sejak sekian lama menjadi ibu tunggal bersama anaknya, Putri Sara Sefhia, akhirnya Elly seolah-olah memberi bayangan bahawa dalam hidupnya kini muncul seorang lelaki yang berjaya membuka hatinya. Spekulasi itu mula timbul apabila Elly memuat naik gambar terbarunya di Instagram yang memperlihatkan anaknya memegang tangan seorang jejaka yang digelar Elly sebagai ‘papa baru’ dan teman lelakinya.

Peminat Ucap Tahniah

Seperti mahu berteka-teki dengan peminat, Elly turut mengaburkan wajah lelaki berkenaan dan turut memberitahu lelaki di dalam gambar tersebut bukanlah bekas suaminya.

Meskipun begitu, rata-rata peminat menghujani ruangan komen Instagram Elly dengan ucapan tahniah serta turut mendoakan kebahagiaan mereka bersama. Sama-sama kita doakan yang terbaik buat Elly!

SUMBERInstagram Elly Mazlein
Artikel Sebelumnya[VIDEO] Ifa Raziah Buru Kereta Mercedez Bernombor Plat BED 1222
Artikel SeterusnyaDua Lipa Tampil Dengan Album Debutnya Berjudul “Complete Edition”
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress