Penyanyi terkenal antarabangsa, Dua Lipa bakal tampil dengan album debutnya yang berjudul “Complete Edition” pada hari ini. Album debut ini merangkumi “Electricity”, kolaborasi terbaru Dua Lipa & Silk City (Mark Ronson dan Diplo), “One Kiss” & Calvin Harris serta kolaborasi terdahulu dengan Martin Garrix dan Sean Paul yang menjadi kegemaran peminat muzik yang berjudul “Want To” dan “Running”. Dua Lipa juga berkolaborasi dengan bintang K-POP terkenal, BLACKPINK yang berjudul “Kiss and Make Up”.

Dua Lipa telah memberi “hint” kepada umum apabila Dua memuat naik gambar beliau bersama Lisa dan Jennie daripada BLACKPINK di “backstage” semasa konsert Dua di Seoul,Korea.

“Kiss and Make Up” menjadi kolaborasi antarabangsa yang pertama buat BLACKPINK iaitu kumpulan perempuan yang telah merekodkan sejarah pada awal tahun ini apabila album mereka yang berjudul “Square Up” dan single “Ddu-Du Ddu-Du” telah menduduki carta paling teratas di carta Billboard.

Selama setahun hit single Dua Lipa menduduki carta teratas #1, beberapa siri konsert dengan penjualan tiket terpantas, dan juga memecahkan rekod penstriman digital antara yang terbanyak, justeru itu Dua Lipa merupakan artis baru yang paling besar di dunia.

Dua Lipa juga merupakan artis #1 yang paling banyak penstriman digital di aplikasi Spotify dan artis pertama di dalam sejarah yang mempunyai empat buah single yang mencecah 500 Juta Penstriman digital di Spotify.

Beliau juga cuma mengambil masa selama 8 minggu sahaja untuk menjadi #1 di United Kingdom dengan single hit berduet bersama Calvin Harris berjudul “One Kiss” yang terjual berjuta-juta. “One Kiss” juga telah bertahan berminggu-minggu #1 di dalam abad ini. Video Muzik “New Rules” mencecah 1.3 bilion tontonan di Youtube.

Setelah menerima beberapa penghargaan dalam tahun ini, Dua Lipa juga meraih dua anugerah pada acara “BRIT Awards” selepas tercalon dalam 5 kategori, membuat persembahan di hadapan 85 juta orang di final Liga Juara-Juara UEFA dan telah menjual sebanyak lebih daripada 3 juta album dan 32 juta single di seantero dunia.

Berikut antara lagu-lagu yang dimuatkan dalam album ini;

  1. Genesis
  2. Lost In Your Light (feat. Miguel)
  3. Hotter Than Hell
  4. Be The One
  5. IDGAF
  6. Blow Your Mind (Mwah)
  7. Garden
  8. No Goodbyes
  9. Thinking ‘Bout You
  10. New Rules
  11. Begging
  12. Homesick
  13. Dreams
  14. Room For 2
  15. New Love
  16. Bad Together
  17. Last Dance
  18. Want To
  19. Running
  20. Kiss and Make Up (Dua Lipa & BLACKPINK)
  21. One Kiss (Calvin Harris & Dua Lipa)
  22. Electricity (Silk City & Dua Lipa)
  23. Scared To Be Lonely (Martin Garrix & Dua Lipa)
  24. No Lie (Sean Paul & Dua Lipa)
  25. New Rules (Live)

Dua Lipa – (Complete Edition) boleh didapati di semua pelantar digital dan CD bermula 19 Oktober 2018

Artikel Sebelumnya“Ini Papa Ya”- Elly Mazlein Beri Bayangan Sudah Ada Pengganti?
Artikel Seterusnya[VIDEO] Justin Bieber Menangis Selepas Selena Gomez Mendapat Rawatan Psikiatri
Suka menulis untuk dikongsi bukannya dikecam.