Baru-baru ini kami telah memuat naik satu artikel dimana penyanyi Selena Gomez dilaporkan mengalami kemurungan setelah mendapat tahu bekas kekasihnya, Justin Bieber telah berkahwin.

Justin Bieber Menangis Kesedihan

Dalam laporan lain media antarabangsa, Bieber dikatakan merasa sedih dan turut menangis di atas nasib yang menimpa bekas kekasihnya itu. Kerana kemurungan, Selena telah mendapatkan rawatan psikiatri bagi mengubati kemurungan yang dialami. Beberapa keping gambar mula tersebar memperlihatkan Bieber menangis di dalam kereta isterinya, Hailey Baldwin.

View this post on Instagram

Why most of the time Justin does not seem well? šŸ˜„

A post shared by Hails (@worldjailey) on

Selena Semakin Pulih

Di saat Bieber mula merasa bersalah atas apa yang terjadi, keadaan Selena juga semakin baik. Dia turut dikelilingi ahli keluarga terdekat serta sokongan yang padu daripada para peminat. Hubungan kedua-dua penyanyi ini mendapat liputan luas media sejak beberapa tahun yang lalu.

Di saat Bieber meningkat dewasa dan meraih populariti, Selena dikatakan sebagai insan pertama yang bertahta di hatinya. Barangkali, Hailey juga berada dalam keadaan dilema memandangkan suaminya itu masih mengenangkan bekas kekasihnya.

SUMBERTimesNowNews
Artikel SebelumnyaDua Lipa Tampil Dengan Album Debutnya Berjudul ā€œComplete Editionā€
Artikel SeterusnyaMengapa Ariana Grande Pulangkan Cincin Pertunangan Pete Davidson Bernilai RM415K?
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress