Primadona drama melayu, Rita Rudaini merupakan seorang pelakon yang cantik dan berbakat. Beliau yang sudah lama berkecimpung dalam industri seni tanah air seringkali terpalit dengan gosip-gosip hangat.

Terbaru, beliau dikatakan sombong dan cemburu dengan pelakon baru Zahirah Macwilson. Apa keas Rita pula kali ni?

Rita berkata dia terkejut dan terkilan dituduh enggan menjalinkan kerjasama dengan Zahirah bagi sebuah acara anugerah, sedangkan dirinya tidak pernah mengenali pelakon terbabit secara dekat.

“Saya ditanya, betulkah saya ada masalah dengan seorang pelakon. Kemudian saya tanya, siapa pelakon itu? Apabila diberitahu nama Zahirah, saya terkejut.

“Tiada sebab untuk saya bersikap sedemikian dengan Zahirah kerana saya belum pernah menjalinkan kerjasama dengannya atau mengenali dirinya dengan dekat”, ujar Rita kepada BH Online.

Tambahnya lagi, dia berasa pelik dengan individu yang suka membuat tuduhan melulu serta menyebarkan fitnah.

“Apakah orang yang suka buat fitnah dan reka cerita tak betul boleh tidur dengan lena? Tidakkah mereka berasa bersalah dengan mengada-adakan cerita? Apakah mereka bahagia apabila menyebarkan berita palsu?

“Saya tidak mahu hidup dengan cerita kontroversi atau tak masuk akal. Mungkin sesetengah artis perlukan publisiti sebegitu, tetapi bukan saya. Sejak awal saya berlakon, niat saya cuma satu iaitu mahu mencari rezeki”, ujar Rita lagi.

Beliau berharap, perkara itu tidak dibangkitkan lagi bagi mengelakkan namanya dan Zahirah terjejas.

“Isu sebegini hanya akan menimbulkan salah faham pada Zahirah yang tidak tahu cerita sebenar. Apa pun, saya harap ia tidak lagi dibangkitkan dan tiada lagi khabar angin mengarut seperti ini” tambahnya lagi.

Hangat.com berharap agar Rita dan Zahirah tidak melatah dengan apa yang terjadi dan semoga hubungan antara mereka berdua lebih rapat selepas ini. Mana tahu kalau ada rezeki lepas ni Rita dan Zahirah dapat berlakon dalam drama yang sama? Aamiin!

SUMBERBH Online
Artikel SebelumnyaElfira Loy Akur Dengan Keputusan Keluarga Untuk Sembunyikan Pertunangan
Artikel Seterusnya‘Shafie Tidak Patut Keluar!’ – Peminat Tidak Puas Hati Shafie Rio Tersingkir Dari GV5
Konsert, Muzik, Filem dengan hidupku umpama "bila bunyi bersatu kau milikku!"