Buat peminat Neelofa, pasti sudah mengetahui bahawa selebriti kesayangan mereka itu dan adiknya, Ameera Khan kini sedang bercuti di Maldives. Beberapa keping gambar telah dimuatnaik pengacara dan pelakon ini menerusi Instagram nya.

The Muraka, Maldives Hotel Di Dalam Dasar Laut

Gambar-gambar tersebut bukan sahaja menarik minat peminat, malah kami juga tertarik disebalik penginapan Neelofa di sebuah resort mewah di Maldives yang dikenali sebagai The Muraka. Bukan calang-calang resort mahupun hotel, kerana penginapan Neelofa kali ini terletak di dalam laut. Malah bilik yang didiami Neelofa itu juga begitu lengkap sama seperti hotel mewah lain menjadikan ianya dalam kelas tersendiri.

Penginapan Neelofa Di The Muraka, Maldives Cecah RM200 Ribu

Suka untuk kami ‘siasat’ berapakah nilai penginapann bagi satu malam disini, barangkali ianya boleh dijadikan rujukan buat pembaca kami yang ingin bercuti di The Muraka. Untuk pengetahuan anda, harga penginapan bagi satu malam di sini mencecah hampir RM200,000!

Tidak hairanlah ianya berharga sedemikian kerana The Muraka yang terletak di Conrad Maldives Rangali Island merupakan hotel mewah di dalam laut yang pertama di dunia! Malah ianya bakal dibuka buat pengunjung bermula pada November ini sekaligus menjadikan Neelofa antara selebriti pertama di dunia yang menginap disini.

Kami pasti Neelofa sedang nikmati percutinya yang begitu eksklusif disana. Selamat bercuti Lofa!