Isu selebriti lelaki berpakaian seperti seorang wanita nampaknya menjadi topik panas sejak awal tahun lagi. Malah ada diantaranya teruk dikecam sehingga membuatkan selebriti berkenaan menyahaktif akaun sosial media mereka.

Fad Bocey Berpakaian Seperti Seorang Wanita

Terbaru, pelakon dan pelawak Fad Bocey turut dilihat berpakaian persis seorang wanita. Memakai sepasang pakaian berwarna perak serta turut menggayakan skirt berwarna merah jambu, ternyata gambar yang dimuatnaik di Instagram nya itu menarik perhatian ramai. Malah Fad turut dilihat menggenakan solekan tebal dipercayai bagi tujuan penggambaran sebuah program.

Seperti Promosi LGBT

Menerusi ruang komen selebriti itu, rata-rata pengikut berasa terhibur melihatkan pada aksinya. Akan tetapi, tidak kurang juga yang mendakwa gambar seumpama itu seperti ingin mempromosikan kaum Lesbian Gay Biseksual dan Transeksual (LGBT).

Malah ada juga yang memberi komen Fad seharusnya ditegur meskipun bergelar seorang selebriti terkenal.

Biarpun begitu, Fad turut membalas teguran yang diberi dan mengharapkan pengikutnya hanya berfikir yang positif pada penampilannya itu.

SUMBERInstagram Fad Bocey
Artikel SebelumnyaSultan Perak Harap Kesinambungan Filem Paskal Diteruskan
Artikel SeterusnyaGambar Seksi Amelia Henderson Peragakan Pakaian Dalam Jadi Perhatian
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress