Lazimnya, seseorang individu itu akan memilih untuk memakai topi sekiranya musim panas menjelma. Namun kini ianya bukan sahaja untuk menjadi ‘teduhan’ malah turut digayakan sebagai pelengkap fesyen.

Topi Bersaiz Mega Tarikan Fesyen 2018

Jika anda sering kali melihat topi bersaiz mengikut lilit kepala, bagi 2018 ianya tidak lagi kerana saiz XXL ataupun bersaiz mega menjadi pilihan buat penggemar fesyen. Ianya bukanlah satu perkara yang asing dalam industri Hollywood kerana selebrit sering kali menggayakan fesyen seumpama itu bagi menghadiri pelbagai acara kenamaan mahupun santai.

Antara selebriti yang dilihat memakai topi bersaiz itu adalah Bella Hadid dan Cicely Tyson.

Neelofa Dan Erma Fatima Tidak Terkecuali

Mengikuti arus fesyen perdana, selebriti terkenal tanah air turut tidak melepaskan peluang untuk melaram sakan! Ada yang memakai rekaan pereka fesyen tempatan dan ada juga selebriti yang dapatkan topi mega mereka dari pereka antarabangsa! Antara selebriti yang dilihat memakai topi bersaiz mega ini adalah Erma Fatima, Neelofa dan Datin Ezurin Khyra.

Jadi hentikan kecaman pada mereka kerana segalanya adalah fesyen ya!

Artikel SebelumnyaGambar Seksi Amelia Henderson Peragakan Pakaian Dalam Jadi Perhatian
Artikel SeterusnyaSiapa Sangka Baju Mariah Carey Ini Pemberian Peminat Dari Malaysia!
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress