Pada minggu lalu, penyanyi pop dan R&B antarabangsa terkenal, Mariah Carey telah berkunjung ke Malaysia bagi menjayakan persembahannya di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur bersempena konsert jelajahnya Mariah Carey Live in Kuala Lumpur.

Peminat Teruja Mariah Datang Ke Malaysia

Kehadiran penyanyi antarabangsa ini benar-benar membuatkan peminatnya teruja apatah kali terakhir pelantun My All ini ke Malaysia sekitar tahun 2014. Setibanya di Kuala Lumpur,Mariah turut memuat naik gambarnya berlatar belakangkan Menara Berkembar Petronas (KLCC) sebagai ‘tanda’ dia kini berada di ibu kota.

Pakai Baju Pemberian Peminat

Kehadirannya di sini ternyata begitu dinanti-nantikan peminatnya. Malah hotel penginapannya di ibukota juga berjaya ‘dihidu’ peminat sehingga mereka sanggup menunggu ketibaan penyanyi kesayangan mereka itu lobi hotel. Menerusi perkongsian salah seorang ahli kelab peminatnya di Malaysia yang dikenali sebagai Malaysian Lambs, Zuan Ariffin ketika dihubungi Hangat.com berkata dia begitu gembira dan teruja dapat berjumpa dengan penyanyi kesayangannya itu.

Lebih manis, menurut Zuan dia sempat memberi Mariah beberapa hadiah termasuk sehelai baju edisi khas peminatnya dari Malaysia. Menghargai peminatnya dari Malaysia, Mariah turut memakai baju pemberian peminatnya itu dan memuatnaik gambarnya bersama baju tersebut di Instagram nya. Mariah turut akan berada di beberapa lokasi lain seluruh dunia termasuk Manila, Filipina dan Osaka, Jepun