D’Academy Asia merupakan sebuah program realiti yang menyaksikan pertandingan nyanyian lagu irama dangdut terbesar di Asia. Pada tahun ini yang sudah memasuki musimnya yang keempat, D’Academy Asia (DAA) turut menghimpunkan peserta-peserta dari 6 buah negara terdiri daripada Indonesia, Malaysia, Singapura, Thailand, Brunei dan Timor Leste.

6 Penyanyi Wakili Malaysia

Jika musim ketiga menyaksikan penyanyi Shiha Zikir dan Baby Shima antara peserta yang mewakili Malaysia, tahun ini 6 penyanyi baru turut mewakili negara ke pertandingan itu. Sebelum ini rata-rata peminat sudah mengetahui penyanyi remaja terkenal, Wani Kayrie menyertai DAA, 5 peserta lagi yang akan turut bersaing adalah Sarah Fazny, Fauziah Gambus, Tyka, Zam Ryzam dan Ariff Adli.

Mas Idayu Kekal Sebagai Pengkritik Tetap

Dalam perkembangan lain, Ratu Dangdut Malaysia, Mas Idayu turut dikekalkan sebagai pengkritik tetap rancangan itu sementara penyanyi Zul2by2 menjadi salah seorang panel juri.

Dalam konsert pembukaan, Mas Idayu turut menyanyikan lagu Nirmala dendangan asal Dato Sri Siti Nurhaliza bersama-sama 6 peserta dari Malaysia. Musim keempat program ini akan disiarkan secara langsung di Indonesia melalui stesen televisyen Indosiar dan live streaming di Vidio.com.

Artikel SebelumnyaSiapa Sangka Baju Mariah Carey Ini Pemberian Peminat Dari Malaysia!
Artikel SeterusnyaMaklumat Peribadi Dibongkar! Nur Sajat Buat Laporan Polis
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress