Pada April lalu, Neelofa telah memfailkan saman terhadap dua buah portal hiburan terkenal membabitkan 10 posting mengenai dirinya di majlis pelancaran tudung Naelofar di kelab malam, Zouk dan Anugerah Ikon bagi Tahun Memperkasakan Wanita 2018 (TMW18).

Selesaikan Di Mahkamah

Neelofa yang diwakili peguamnya, Wan Nurliyana Abdul Rahman berkata kes tersebut akan diselesaikan di mahkamah selain proses mediasi(penyelesaian konflik dengan melibatkan pihak ketiga yang neutral) melibatkan kedua-dua pihak portal tersebut akan direkodkan pada suatu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

Tiada Penjelasan Lanjut Dari Neelofa

Dalam perkembangan lain, Neelofa juga tidak memberikan sebarang penjelasan lanjut mengenai kes tersebut di mahkamah. Malah dia juga meninggalkan mahkamah sejurus selepas menghadiri proses mediasi. Terdahulu, pelakon dan pengacara ini berada di kepulauan Maldives untuk bercuti. Percutiannya itu juga tular di media sosial kerana dikatakan hotel penginapannya di dalam dasar laut mencecah RM200,000 semalam.

VIAGambar Instagram Neelofa
SUMBERUtusan
Artikel SebelumnyaAltimet Beri Petunjuk Mahu Cari Pengganti Di AJL33 ?
Artikel Seterusnya[GAMBAR] Rossa Kini Bergelar Datuk Seri
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress