Semalam telah berlangsungnya Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Negeri Pahang sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah.

Rossa Terima Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP)

Dalam majlis itu, penyanyi terkenal Indonesia Datuk Rossa atau nama sebenarnya Sri Rosa Roslaina Handiyani telah dikurniakan Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran ‘Datuk Seri’.

“Alhamdulillaah Ya Rabb… Sejujurnya entahlah apa yang membuat saya begitu bertuah menerima pingat Tuanku. Daulat Tuanku, semoga Allah selalu jaga Tuanku, panjangkan usia dan kesihatan Tuanku. aamiin ya Rabb.

Setelah 5 tahun yang lalu saya diberikan tittle Dato, hari ini saya dianugerahkan darjah kebesaran negeri Pahang sebagai Dato Sri.

Sebagai orang Indonesia, saya merasa bangga dan semoga persaudaraan dua negara selalu kokoh dan erat”

Rossa menerusi Instagram nya turut melahirkan rasa syukur dan menjunjung kasih terhadap Sultan Pahang di atas pengurniaan berkenaan. Pada lima tahun lalu, Rossa menerima darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk daripada Sultan Ahmad Shah.

ND Lala Kini Bergelar Datuk

Sementara itu, dalam majls artis veteran tanah air yang juga bapa kepada penyanyi Shila Amzah, Amir Hamzah Salleh atau lebih dikenali sebagai ND Lala, turut dikurniakan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk. Beliau merupakan salah seorang dari 50 penerima darjah kebesaran itu. Tahniah diucapkan buat Datuk Seri Rossa dan Datuk ND Lala!

VIAGambar BERNAMA
SUMBERMStar Online
Artikel SebelumnyaKes Saman! Neelofa Selesai Di Mahkamah Babitkan Dua Portal Hiburan
Artikel SeterusnyaRisiko Lumpuh! Elyana Akui Kanser Sudah Merebak ke Tulang Belakang
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress