Penyanyi Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal semalam telah berkongsi beberapa buah video di IG Story nya dimana menurut Elyana sel kanser kelenjar yang dihidapi sejak tujuh tahun lalu sudah merebak ke bahagian tulang belakang hingga menyebabkannya sukar berjalan.

Risiko Untuk Lumpuh

Di dalam video itu juga, Elyana turut memberitahu dirinya berisiko untuk lumpuh seandainya sel kanser yang terdapat di kawasan tersebut tidak dibuang. Meskipun pada hakikatnya, pelantun Tak Tercapai Akalmu ini sedang menahan sakit, dia masih sempat berseloroh dan berjenaka menerusi perkongsiannya.

Mulakan Rawatan Radioterapi

Dalam video lain, Elyana berkongsi pengalamannya pertama kali menjalani rawatan radioterapi di sebuah pusat perubatan swasta.

“Dalam jam 5 petang, saya baru start saya punya radioterapi, itu pertama kali saya menjalani rawatan ini jika sebelum ini saya hanya membuat kimoterapi. Sebenarnya rawatan ini lagi okay tapi masalahnya sebelum rawatan saya dah makan pain killer dan effect dia sangat kuat memandangkan waktu itu kaki saya masih lagi terasa sakit.

Semasa rawatan, barangkali sebab ‘angin’ di dalam badan, saya muntah terlalu banyak sehingga lembik badan saya”

Tambah Elyana walaupun sedang berjuang melawan penyakitnya ini, dia berasa gembira kerana dirinya menjadi inspirasi kepada pesakit kronik lain malah turut mengucapkan terima kasih atas doa dan kata-kata semangat yang diberikan padanya di Instagram. Semoga Elyana akan terus kuat melawan penyakit ini!

SUMBERInstagram Elyana
Artikel Sebelumnya[GAMBAR] Rossa Kini Bergelar Datuk Seri
Artikel SeterusnyaDiana Danielle & Ummi Nazeera Berdebar Menanti Komen Penonton
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress