Pada hari ini, (Khamis) filem reboot terdahulu, Gol & Gincu Vol. 2 bakal ditayangkan bermula hari ini di seluruh pawagam tanah air. Menampilkan pelakon-pelakon hebat seperti Datin Diana Danielle, Ummi Nazeera, Sazzy Falak dan Sharifah Amani di samping jejaka-jejaka pujaan ramai, Syafiq Kyle dan Aedy Ashraf serta wajah baru iaitu Jad Hidhir, Intan Serah, Tiara Anchant, Nik Nasuhah, Annabel Michael, Grace Ng dan Iezahdiyana Alaudin.

Berdebar Menanti Komen Penonton

Bagi teraju utama filem ini iaitu Diana dan Ummi, mereka berasa begitu teruja serta berdebar menantikan komen-komen yang akan diterima daripada penonton sebaik sahaja tayangan pertama filem itu ditayangkan pada hari ini. Meskipun sambutan yang diterima dari penonton yang menghadiri tayangan perdana adalah begitu menggalakkan, akan tetapi bagi kedua-dua figura ini debaran sebenar adalah bermula pada hari ini.

cof

Menurut kedua-dua pelakon ini, bukan mudah untuk membawa kembali impak yang pernah tercetus suatu ketika dahulu apatah lagi pelakon-pelakon asal filem Gol & Gincu sememangnya dekat dengan para peminat.

Diana Dan Ummi Kongsi Rahsia Di Set

Ketika ditanya apakah pandangan mereka mengenai diri masing-masing, baik Diana mahupun Ummi mengaku kedua-duanya saling melengkapi meskipun pada mulanya agak kekok dan merasakan gandingan mereka seperti satu kesilapan.

” Pada mulanya saya rasa macam gandingan kami ini seperti tidak kenaa, seperti satu kesilapan. Tapi jika dibandingkan dengan pelakon lain, Ummi antara yang paling berjaya watak kerana dia merupakan seorang pelakon yang hebat.

Untuk wujudkan keserasian, saya sendiri tidak tahu tapi dia pernah mengaku kalau saya tak ada, dia akan bosan. Jadi mungkin disitulah wujudnya keserasian, ” Ujar Diana

Lama-kelamaan, hubungan mereka bertambah erat apatah lagi turut meminta bantuan antara satu sama lain sekiranya diperlukan.

Diana dan Ummi ditemui Hangat.com sebagai tetamu jemputan di rancangan temubual platform digital, D’Bilique yang dihoskan oleh Fara Fauzana dan Faizal Ismail menerusi segmen Artis Masuk Bilik. Segmen ini akan disiarkan secara langsung di Facebook pada setiap hari rabu, jam 9 malam serta turut menjemput artis terkenal tanah air sebagai artis undangan.