Sebentar tadi, pelakon yang juga ikon fesyen Mohd Nor Abdul Hamid atau lebih dikenali sebagai Wak Doyok telah berkongsi satu berita sedih mengenai bapanya di laman Instagram.

Bapa Meninggal Dunia

Menurut Wak, bapanya iaitu Mohd Nor Abdul Hamid telah meninggal dunia pada usia 86 tahun pagi tadi.

Perkongsian yang dibuat Wak itu turut mendapat simpati dan rasa sedih dikalangan pengikutnya selain dibanjiri dengan ucapan takziah buat dia dan keluarganya. Wak Doyok sehingga kini mempunyai 1.8 juta pengikut di laman Instagram.

Bakal Dikebumikan Di Klang

Menurut sumber, Allahyarham bapanya meninggal dunia akibat sakit usus bengkak dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang. Salam takziah buat Wak Doyok sekeluarga dari kami di Hangat Malaysia.

SUMBERMStar Online
Artikel Sebelumnya5 Fakta Mengenai Calum Scott Ini Bakal Buatkan Anda Terkejut!
Artikel SeterusnyaCamila Cabello & Fifth Harmony Bakal Bersatu Kembali?
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress