Sebelum dikenali ramai, penyanyi Camila Cabello terlebih dahulu mencipta nama menerusi kumpuan Fifth Harmony. Namun disaat kumpulan itu berada di puncak populariti, Camila mengambil keputusan untuk berundur,

Enggan Teruskan Ketegangan

Khabar angin mengatakan antara punca pelantun Havana itu berundur adalah kerana berlakunya perselisihan faham di antara anggota kumpulan itu. Namun menurut sumber, mereka tidak pernah membenci antara satu sama lain dan keputusannya untuk berundur diterima baik oleh ahli kumpulan yang lain dianggotai oleh Ally Brooke, Normani Kordei, Dinah Jan dan Lauren Jauregui. Terdahulu, kesemua anggota kumpulan ini mengumumkan perpisahan sementara bagi menumpukan karier solo mereka dalam bidang nyanyian.

Camila Bakal Bersatu Kembali?

Terbaru, Camila telah meluahkan impiannya untuk bergabung semula dengan Fifth Harmony. Akan tetapi, ianya bukanla sebagai kumpulan sebaliknya untuk berkongsi pentas yang sama dalam satu persembahan besar.

“Camila teringin bergabung semula dengan mereka untuk persembahan istimewa seperti penampilan pada acara Super Bowl,”

Dalam perkembangan lain, salah seorang ahli Fifth Harmony, Normani memberitahu mereka tidak mempunyai sebarang isu dengan Camila serta turut memuji kehebatannya yang kini muncul sebagai penyanyi solo.

SUMBERHollywood Life
Artikel SebelumnyaSalam Takziah! Bapa Wak Doyok Meninggal Dunia
Artikel Seterusnya“Dayyan Dah Dapat Adik!” – Black Hanifah Timang Cahaya Mata Kedua
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress