Pertama kali dalam sejarah! Itulah yang terjadi ketika majlis pengumuman siapakah yang merangkul gelaran Miss Grand International 2018 diantara ratu cantik Paraguay dan India yang berlangsung semalam.

Miss Grand International 2018 Pengsan

Tirai pertandingan bertaraf dunia yang turut disertai wakil dari Malaysia itu menyaksikan Paraguay yang diwakili oleh Clara Sosa muncul sebagai pemenang sekaligus meraih gelaran Miss Grand International bagi tahun 2018. Namun begitu, di saat pengumuman tersebut, sesuatu yang diluar jangkaan telah berlaku kerana Clara secara tiba-tiba jatuh pengsan beberapa minit. Di saat itu, kelihatan petugas bergegas ke atas pentas untuk melihat keadaan Clara sebelum dia bangun semula dan memakai mahkota kemenangan.

Terlalu Gementar Dan Gembira

Beberapa minit sebelum itu, pengacara majlis sempat bertanyakan pada kedua-dua peserta ini apakah perasaan mereka sebelum dinobatkan gelaran ratu cantik itu.

Jawab Clara sambil berseloroh, dia begitu gembira dan gementar sehingga mampu mendapat sakit jantung ketika ini. Nampaknya, dia begitu terkejut barangkali sebaik sahaja memenangi pertandingan ini. Tahniah diucapkan!