Semalam tular di media sosial mengenai perkongsian kisah hidup seorang netizen yang mengharungi pelbagai kepayahan suatu ketika dahulu dan kini berjaya mengenggam segulung Ijazah Sarjana.

IKLAN

Sara Kehidupan Dengan Menjual Kuih Bangkit

Lelaki ini yang dikenali sebagai Ridzuan Khalid,35 menurutnya sebelum ini sekadar membantu ibunya yang dikenali sebagai Opah Sapiah memenuhi tempahan kuih bangkit. Dari situ, hasil pendapatan yang diterima, dia gunakan untuk sambung  belajar meskipun pada mulanya ibu Ridzuan agak sedikit keberatan kerana risau simpanan yang ada tidak mampu menampung kos nya untuk belajar. Meskipun terpaksa berjimat, Ridzuan nekad meneruskan impiannya.

BACA  Siti Nurhaliza Terharu Dapat Bawa Aafiyah Tunaikan Umrah

Bermula Sebagai Hadiah Kepada Siti Nurhaliza

Tidak lama kemudian, siapa sangka bermula daripada pemberian kuih bangkit sebagai hadiah kepada penyanyi tersohor negara, Dato Sri Siti Nurhaliza, kehidupan Ridzuan sekeluarga bagaikan menerima satu impak yang besar. Manakan tidak, sejak penyanyi Anta Permana itu berkongsi di Instagram nya mengenai pemberian kuih Bangkit dari Ridzuan sekeluarga, pelbagai tempahan kuih itu seperti tidak putus-putus diterima penangan ‘hadiah’ tersebut. Malah ibunya juga turut menangis terharu kerana menerima impak yang sedemikan rupa.

Ketika dihubungi Hangat.com, Ridzuan berkata pernah satu ketika pada 2017, dia menerima hampir 3000 balang tempahan kuih Bangkit sehingga terpaksa menolak sesetengah tempahan memandangkan sambutan yang diterima amat menggalakkan dan cara pembuatannya pula mengikut teknik traditional. Tambahnya lagi, hasil pendapatan yang diperolehi tidaklah dibelanjakan sebegitu sahaja sebaliknya digunakan untuk badan-badan kebajikan yang disertainya.

” Bagaikan mimpi! Pada mulanya saya hanya menjual kuih ini pada kawan-kawan sahaja. Namun Sejak Tokti post di Instagram nya, saya terasa bagaikan sebuah mimpi kerana tempahan yang diterima begitu menggalakkan sehingga pernah cecah 3000 tempahan. Ada yang terpaksa kami tolak kerana cara pembuatannya adalah mengikut teknik traditional”

Dedikasikan Ijazah Sarjana Dan Anugerah Buat ‘TokTi’

Baru-baru ini, Ridzuan berjaya mengenggam Ijazah Sarjana dalam bidang Hospitality Management. Lebih manis, pelajar Universiti Teknologi MARA ini bukan sahaja berjaya menamatkan pelajaran malah turut menerima Anugerah Sarjana Cemerlang atas keputusannya yang cemerlang sepanjang belajar.

Bagi Ridzwan, pencapaiannya ini begitu bermakna dan turut didekasikan buat penyanyi kesayangannya itu.  Siti yang turut bangga dengan pencapaiannya itu, merakamkan ucapan tahniah serta ingin lagi menempah kuih bangkit hasil air tangan dia dan ibunya. Untuk Ridzwan, tahniah kami ucapkan! Semoga kisah anda ini menjadi inspirasi buat masyarakat diluar sana.

BACA  Siti Nurhaliza Titip Ucapan Mengharukan Buat Siti Aafiyah Sempena Hari Lahirnya