Spekulasi hubungan intim penyanyi yang terkenal dari negara seberang iaitu Afgan dan Rossa sudah lama diperkatakan. Nampak seperti mereka bercinta tetapi keduanya sangat merahsiakan hubungan mereka apabila bercakap tentangnya.

Baru-baru ini, desas-desus mengatakan pasangan berbeza usia 11 tahun ini sudah berkahwin di sebuah majlis tertutup. Itu menjadi tanda tanya kepada Hangat.com. Menurut Liputan6.com, Afgan mengaku ramai yang bertanyakan soalan serupa kepadanya.

“Saya belum berkahwin tetapi saya terima ucapan selamat dengan hati terbuka.

“Doakan saya segera bertemu jodoh walau dengan siapapun calon itu nanti, doakan yang terbaik,” kata penyanyi lagu Bukan Cinta Biasa itu.

Dalam masa sama, Jakarta.tribunnews.com, Rossa mengaku masih single dan belum bergelar isteri kepada sesiapa.

“Saya pasti akan kongsi berita gembira ini jika rancangan berkahwin menjadi kenyataan,” kata Rossa.

Gosip perkahwinan Afgan-Rossa bermula apabila jurumekap artis terkenal, Bubah Alfian menjawab persoalan netizen ‘Bubah, Afgan – Rossa apa khabar?  di Live Instagram beliau.

Nampaknya jawapan ‘Udah Nikah’ itu membuatkan rata-rata peminat terkejut dan difahamkan, video tersebut juga telah dipadam tidak lama selepas itu. Apapun Hangat.com ingin mendoakan kebahagian kepada pasangan ini dan buat apa nak tunggu lama-lama?

Artikel SebelumnyaInspirasi! Kehidupan Lelaki Ini Berubah Kerana Siti Nurhaliza
Artikel SeterusnyaAzmir Arif Tidak Lagi Hirau Suara Sengau Tetapi Ingin Tukar Nama?
Konsert, Muzik, Filem dengan hidupku umpama "bila bunyi bersatu kau milikku!"