Apabila mendengar intro lagu ini memang akan membuatkan kita tiba-tiba bersemangat. Bila masuk part ‘Oh baby, baby’, memang rasa macam nak terus bangun menari dan berjoget.

Kegilaan remaja terhadap lagu Baby One More Time nyanyian Britney Spears memang tidak akan dilupakan sampai bila-bila. Tarikh 24hb Oktober pada tahun 1998, lagu ini telah mengubah nasib penyanyi Britney Spears. 

Komposer lagu, Max Martin bukan saja mencuri perhatian pendengar dengan lagu ini sahaja malah pernah menghasilkan lagu-lagu untuk Backstreet Boys, Westlife and Robyn. Menerusi laman Twitter bintang berusia 37 tahun ini berkongsi kegembiraanya meraikan 20 tahun lagu yang cukup berhantu ini.

“Sukar untuk saya luahkan dengan kata-kata betapa istimewanya hari ini kerana 20 tahun lalu dunia mendengarkan muzik saya untuk kali pertama.

“Banyak hal yang terjadi selepas pelancaran lagu itu namun saya ingin mengucapkan terima kasih kepada peminat dan penyokong,” tulisnya yang berkongsi di balik tabir muzik video ‘ Baby One More Time’. 

Baby One More Time dihasilkan ketika usia Britney baru sahaja menginjak usia 17 tahun ketika itu. Untuk rekod, lagu Baby One More Time terjual sebanyak 10 juta unit manakala album ini turut diiktiraf sebagai album terlaris di dunia.

Artikel SebelumnyaAzmir Arif Tidak Lagi Hirau Suara Sengau Tetapi Ingin Tukar Nama?
Artikel SeterusnyaLufya Omar Nafi Rumah Tangga Bermasalah Bersama Dr Hafiz?
Konsert, Muzik, Filem dengan hidupku umpama "bila bunyi bersatu kau milikku!"