Walaupun mempamerkan pelawanan yang menarik namun nasib tidak menyebelahi untuk Terengganu FC. Bagi pelawak, pelakon serta pengacara Zizan Razak terpaksa redha dan akur dengan keputusan apabila Terengganu FC gagal untuk memenangi trofi Piala Malaysia pada tahun ini apabila tewas menerusi penentuan penalti 4-1 ke atas Perak.

Menerusi entri di Instagram Zizan menganggap kekalahan yang dihadapi Terengganu FC itu adalah untuknya melihat pelakon Mira Filzah untuk tersenyum.

“Now I tau kenapa I dilahirkan di Terengganu. Kerana Terengganu Darul Iman. Hanya orang orang yang beriman selalu diuji. Jadi malam ni I mengalah untuk lihat you senyum. Tahniah buat pasukan Perak. Dan Terengganu Fc kite cuba lagi tahun hadapan. InshAllah,” tulis Zizan paa kapsyen di Instagram.

Chia chia chia! Pandai Zizan bergurau eyh dengan Mira eyk? Boleh dapat kencing manis bila baca kapsyen Instagram Zizan tu. Hangat.com mendoakan agar Zizan dan Mira cepat-cepat mendirikan rumah tangga. Buat apa tunggu lama-lama, nanti diambil orang pulak.

Artikel SebelumnyaSherry Ibrahim Dedah Teman Lelaki Baru?
Artikel SeterusnyaPeminat & Rakan Artis Turut Bersedih Kerana Zamani
Konsert, Muzik, Filem dengan hidupku umpama "bila bunyi bersatu kau milikku!"