Cukup syahdu! Itulah yang boleh digambarkan mengenai konsert Gegar Vaganza 5 (GV5) yang pada mulanya menyaksikan penyanyi Zamani tersingkir dari rancangan realiti itu.

Peminat Menangis Kerana Zamani

Faktor penyingkiran Zamani adalah kerana dia tidak dapat meneruskan persembahannya kerana mengalami masalah suara. Melihatkan pada masalah yang dialami, Zamani hanya diam kaku ketika gilirannya menyampaikan lagu ‘Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta’.

Biarpun dia tidak dapat meneruskan persembahannya namun peminat di Auditorium MBSA memberi sokongan dengan menyanyikan lagu tersebut sehingga tamat. Di media sosial pula, rata-rata peminat turut meluahkan rasa sedih sehingga ada yang mengaku turut mengalirkan air mata melihatkan pada keadaan Zamani yang kurang sihat.

Tomok Sanggup Bantu Zamani Menyanyi

Dalam perkembangan lain, bukan sahaja peminat malah penyanyi Tomok turut merasa kasihan sehingga sanggup naik ke atas pentas bagi membantu Zamani meneruskan persembahan. Luahan itu dibuat Tomok menerusi laman Twitter nya. Tambahnya lagi sebelum keputusan diumumkan, dia mengharapkan tiada penyingkiran yang akan berlaku pada malam itu.

Aliff Syukri Gunakan Imuniti

Bagaimanapun, akhirnya nasib menyebelahi Zamani kerana penaja utama GV5, Datuk Seri Aliff Syukri menggunakan ‘kuasa’ imuniti dengan mengekalkan penyanyi itu pada minggu ini. Keputusan itu dibuat kerana dia yakin yang disifatkan berpotensi walaupun dia tidak membuat persembahan.

“Saya mahu kekalkan dia minggu hadapan, saya menggunakan imuniti saya,”

https://www.instagram.com/p/Bpe2Tlenfak/?taken-by=astrogempak

Selain Zamani, peserta yang bakal berentap ke peringkat seterusnya ialah Noryn Aziz, Mya Ruslee, Dia Fadila, Forteen, Farawahida, Hetty Sarlene, Amelina dan duo Billyzulkarnain.