Kedua-dua penyanyi ini bukanlah merajuk mahupun sebaliknya dari muncul di ‘hadapan’ peminat-peminat mereka. Sebaliknya Alif dan SonaOne sedang giat menyiapkan single kolaborasi mereka berjudul Obvious yang kini dimainkan sejak Jumaat lalu.

Tampil Dengan Single Bahasa Inggeris

‘Obvious’ merupakan kerjasama pertama di antara Alif dan SonaOne yang bernaung di bawah Sony-Kartel dan jelas sekali single ini melambangkan kehebatan gabungan bakat mereka berdua selain menjadi bukti kebolehan masing-masing. Tampil dengan versi dalam Bahasa Inggeris, menariknya lagu ini diterbitkan dan ditulis bersama oleh Alif dan SonaOne selain bekerjasama dengan Jimmy Cash di Cha Ching Studios North Hollywood, California dan telah di ‘master’ oleh calon Anugerah Grammy – Chris Athens di Chris Athens Masters Austin, Texas.

Mudah Bekerjasama

Ketika ditemui Hangat.com menerusi jelajah promosi lagu terbaru mereka ini, baik Alif mahupun SonaOne kedua-duanya mudah bekerjasam meskipun ianya merupakan kerjasama pertama mereka. Mengenai lagu ini pula, ianya bukanlah tentang gaya sahaja malah turut mempunyai mesejnya yang tersendiri selain rentaknya juga mengikuti halwa telinga pendengar masa kini.

“Kami mulanya menulis lagu ini sebagai satu penghormatan kepada keyakinan diri seorang wanita. Semakin kami mendalami subjek ini kami sedar bahawa mesej yang terkandung di dalamnya lebih besar dan boleh dikaitkan dengan semua”,

https://youtu.be/P26HkvZPfqw

‘Obvious’ kini boleh diperdengarkan menerusi streaming dan boleh dimuat turun di semua platform bermula 26 Oktober yang lalu.